Cara-cara Tempahan : KARIKATUR KAD KAHWIN

Seperti tempahan lukisan karikatur tona dan warna; anda cuma emelkan gambar yang hendak dikarikaturkan. Karikatur kad kahwin hanya dilukis dalam hitam putih sahaja dan disertakan bersama 3 pilihan rekabentuk bunga (lihat contoh di bawah) yang cantik-cantik belaka. Jangan lupa bila membuat tempahan nyatakan juga rekabentuk bunga yang berkenan di hati sama ada A, B atau C.

Contoh lukisan karikatur yang direkabentukkan dengan bunga ada di Galeri Kad Kahwin. Sila klik imej di bawah untuk ke galeri tersebut..

Harga lukisan karikatur untuk kad kahwin hanya RM50 sahaja.

Sebelum itu buat bayaran melalui mesin autoteller MAYBANK atau melalui Maybank2U.com ke akaun bernombor 1140 1109 2351. Setelah itu sila smskan butiran bayaran seperti tarikh, waktu dan jumlah bayaran ke no. 019 364 9860

Jika anda ingin menerima tempahan lukisan karikatur dalam bentuk
cetakan (hard copy), sila tambah RM5 untuk proses penghantaran.

Imbas/scan gambar yang diihendak dikarikaturkan dan emelkan kepada kami.
Gambar hendaklah besar dan terang; bukannya apa… supaya mudah dilukis :)

Imbas/scankan juga resit bayaran yang dilakukan melalui mesin autoteller
MAYBANK dan emelkan sebagai pengesahan bayaran tempahan bersama-sama
gambar yang bakal dikarikaturkan.

Emelkan semuanya itu ke servis@lukiskarikatur.com.
Karikatur akan disiapkan seminggu dari tarikh tempahan anda.

Apa kata, selepas anda menempah lukisan karikatur dari lukiskarikatur.com gunakanlah khidmat kadkahwinku.com untuk membuat kad kahwin anda pula. Tempahan boleh dibuat secara online dan kad kahwin anda akan dihantar terus ke pintu rumah anda! Keterangan lanjut; sila layari kadkahwinku.com.

Sila rujuk juga SYARAT & TERMA.